Siapkah kita menuju negara tua menjelang 2030?

Spread the love

Oleh: Dr Mohd Khairi Ismail

Malaysia dijangka menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk negara ini merangkumi warganegara yang berusia lebih 60 tahun dalam pola 15.3 peratus daripada jumlah penduduk negara. Menerusi Kenyataan Media bagi Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dilaporkan bahawa peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 7.0 peratus kepada 7.3 peratus bagi tempoh yang sama dan berdasarkan definisi United Nations, Malaysia telah menjadi negara menua. Dalam konteks negara menua, isu perkhidmatan kesihatan dan sokongan sosial adalah perlu untuk diberi tumpuan. Selain itu, pada tahun 2030, dianggarkan terdapat lebih 4.5 juta warga emas di Malaysia, yang memerlukan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti dan kos yang mampu milik.

Oleh itu, kementerian yang terlibat perlu merangka strategi yang komprehensif bagi memastikan warga emas tidak hanya menerima rawatan perubatan, tetapi juga penjagaan jangka panjang yang memenuhi keperluan mereka. Salah satu aspek penting dalam strategi ini adalah pendidikan keluargaan mengenai penjagaan warga emas. Dengan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang keperluan fizikal dan mental warga emas, ahli keluarga dapat memberikan sokongan yang baik. Ini termasuk memahami penyakit yang biasa dihadapi oleh warga emas, cara pengurusan ubat, serta keperluan emosi mereka. Pendidikan ini boleh diadakan melalui bengkel, seminar, dan penyediaan sumber dalam talian yang memberi maklumat berguna tentang penjagaan warga emas.

Selain itu, sokongan dalam bentuk latihan bagi penjaga juga tidak boleh diabaikan. Kementerian bertanggungjawab boleh menyediakan program latihan khusus untuk penjaga, sama ada anggota keluarga atau penjaga profesional. Program ini perlu merangkumi kemahiran asas seperti pemindahan fizikal, penjagaan diri, dan pengurusan krisis kesihatan. Dengan pengetahuan yang tepat, penjaga dapat memberikan penjagaan yang lebih selamat dan efektif kepada warga emas, sekaligus mengurangkan risiko kecederaan dan komplikasi kesihatan. Latihan ini juga boleh disertakan dengan modul mengenai pengendalian masalah psikologi yang sering dihadapi oleh warga emas, untuk membantu penjaga memahami dan mengatasi cabaran yang mungkin timbul.

Program pencegahan penyakit dan promosi kesihatan juga perlu diperluas untuk membantu warga emas menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif. Kementerian bertanggungjawab boleh melaksanakan kempen kesihatan yang menyasarkan warga emas dengan memberikan maklumat mengenai gaya hidup sihat, termasuk pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal yang sesuai, dan pengurusan stres. Selain itu, program saringan kesihatan berkala juga penting untuk mengenal pasti masalah kesihatan awal dan mengelakkan penyakit yang lebih serius. Dengan meningkatkan akses kepada pemeriksaan kesihatan dan rawatan awal, warga emas dapat lebih menjaga kesihatan mereka dan mengurangkan beban penyakit yang mungkin mereka hadapi pada masa akan datang.

Dengan merangkumi semua elemen ini dalam strategi penjagaan warga emas, kementeriaan berkenaan berpotensi untuk membangunkan sistem penjagaan yang lebih inklusif dan berkesan. Pendekatan ini bukan sahaja akan meningkatkan kualiti hidup warga emas, tetapi juga akan memberikan sokongan yang diperlukan kepada keluarga dan penjaga mereka. Dalam jangka panjang, ini akan memastikan bahawa masyarakat Malaysia dapat menghadapi cabaran populasi yang menua dengan lebih baik, sambil memastikan setiap individu dapat menikmati kehidupan yang sihat dan bermakna.

Dalam menghadapi populasi yang menua menjelang 2030, Malaysia perlu mengambil pendekatan holistik yang melibatkan pelbagai pihak. Kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat adalah penting untuk membangunkan inisiatif yang berkesan. Strategi jangka panjang perlu dibentuk dengan memberi fokus kepada pendidikan, peningkatan kemahiran, dan penyediaan perkhidmatan sosial yang berkualiti. Di samping itu, program yang menggalakkan interaksi sosial dan penglibatan warga emas dalam masyarakat juga harus diperkenalkan. Dengan usaha kolektif ini, Malaysia berpotensi untuk menjadi negara yang lebih inklusif dan berdaya tahan, memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat, terutama mereka yang terpinggir, dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.


Dr Mohd Khairi Ismail

Penulis merupakan Felo Penyelidik Pasca Kedoktoran Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, dan Pensyarah (Ekonomi), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation