Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Pantai Barat Honshu, Jepun pada jam 9:47 malam semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian
: 9:47 malam, 26 November 2024
Koordinat
: 37.0° Utara 136.5° Timur
Lokasi
: Berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun
Magnitud
: 6.2
Jarak
: 44km Utara dari Kanazawa, Jepun
Kedalaman
: 36 km
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.
Be the first to leave a comment