PUTRAJAYA, 16 Januari 2025 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Fadillah Yusof telah menyaksikan pertukaran dokumen pembekalan tenaga elektrik hijau antara Syarikat UEM Lestra dengan Syarikat ESR Group Limited melalui akses pihak ketiga di bawah program Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat atau Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS).
Upacara pertukaran dokumen pembekalan elektrik hijau tersebut telah diadakan semasa Majlis Peluncuran Portal MyEnergyStats oleh Suruhanjaya Tenaga.
Menurut PETRA, di bawah aturan pembekalan elektrik korporat itu, Syarikat UEM Lestra sebagai penjana Tenaga Boleh Baharu (TBB) akan membekalkan bekalan elektrik hijau yang dijana melalui sistem grid syarikat utiliti kepada pengguna elektrik hijau korporat iaitu Syarikat ESR Group Limited pada kadar dan tempoh yang telah dipersetujui.
“Ikatan pembekalan elektrik hijau antara kedua-dua syarikat ini merupakan antara yang terawal berjaya dimeterai sejak program CRESS dilaksanakan pada 20 September 2024. Selain UEM Lestra dan ESR Group, TNB Renewables juga telah menandatangani perjanjian pembekalan tenaga elektrik hijau dengan Bridge Data Centre (BDC) untuk pembekalan 400MW bekalan elektrik hijau secara akses pihak ketiga sebelum ini.” kata PETRA.
PETRA telah memperkenalkan Program CRESS itu sebagai antara inisiatif progresif Kerajaan dalam menyediakan pilihan dan akses pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna elektrik yang berminat. Langkah tersebut akan membolehkan syarikat korporat yang beroperasi di Semenanjung Malaysia memenuhi komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) masingmasing dalam aspek bekalan elektrik.
Bagi memperkukuhkan pelaksanaan serta meningkatkan lagi akses bekalan elektrik hijau di bawah Program CRESS, PETRA akan melakukan beberapa penambahbaikan terhadap Program CRESS sedia ada yang akan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025 iaitu:
a.pembukaan penyertaan Program CRESS kepada pengguna elektrik sedia ada yang ingin mendapatkan bekalan elektrik hijau secara langsung daripada penjana TBB;
b.Caj Akses Sistem (CAS) yang telah ditetapkan dikekalkan untuk tempoh 3 tahun berdasarkan tempoh regulatori Incentive Based Regulation (IBR); dan
c.kadar perubahan (variation rate) kepada nilai CAS ditetapkan untuk tidak melebihi 15% daripada nilai semasa (current value) untuk setiap tempoh regulatori, bagi memberikan kepastian kepada para pelabur mengenai kos pembekalan elektrik hijau di bawah Program CRESS untuk jangka masa panjang.
PETRA yakin dengan penambahbaikan Program CRESS itu, ia akan berupaya menarik minat serta keyakinan lebih banyak syarikat korporat untuk menyertai program ini bagi mendapat akses bekalan elektrik hijau dalam memenuhi komitmen ESG masing-masing.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment