• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

MBM HARAPKAN KEAMANAN BERTERUSAN DI GAZA

Spread the love

Oleh: MOHD IZZAT AFIFI HJ ABDUL HAMID, Presiden Majlis Belia Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik perjanjian gencatan senjata yang termeterai antara HAMAS dan Israel bagi meredakan ketegangan yang berlaku sepanjang lebih 400 hari di sekitar Gaza.

MBM berpandangan usaha-usaha pembangunan semula Gaza harus segera digerakkan dengan sokongan masyarakat antarabangsa. Ini termasuklah usahausaha bagi menggerakkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada seluruh penduduk Gaza yang terjejas akibat serangan berterusan oleh Israel.

Dalam perkembangan berkaitan, MBM mencadangkan PBB mempertimbangkan untuk menghantar pasukan pengaman bagi memastikan perjanjian gencatan senjata dipatuhi. Ini bagi memastikan Israel tidak melakukan sebarang tindak-tanduk yang boleh mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui.

MBM merakamkan setinggi tahniah atas peranan berterusan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan segala wahana diplomasi antarabangsa bagi memastikan konflik di Gaza dapat diredakan. 

Penghargaan juga dipanjangkan kepada peranan signifikan yang dimainkan Qatar dan Mesir bagi menjayakan usaha gencatan senjata ini.

MBM memperteguhkan sokongan dan solidariti berterusan kepada perjuangan kemerdekaan Palestin atas prinsip keadilan dan lunas hukum antarabangsa.


MOHD IZZAT AFIFI HJ ABDUL HAMID, Presiden Majlis Belia Malaysia

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation