Mesyuarat Peringkat Pegawai bincang hala tuju jenayah rentas sempadan
PUTRAJAYA: Mesyuarat Peringkat Pegawai membincangkan hal-hal umum berkaitan hala tuju jenayah rentas sempadan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata ini termasuk membincangkan isu-isu baharu dan berbangkit, cabaran pelaksanaan inisiatif serantau.
“Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Peringkat Pegawai Mengenai Jenayah Rentas Sempadan – Kumpulan Kerja Mengenai Perkara Jenayah Rentas Sempadan Kali Ketiga (3rd SOMTC WG on GTCM) di Johor Bahru, Malaysia.
“Mesyuarat ini membincangkan hal-hal umum berkaitan hala tuju jenayah rentas sempadan, termasuk isu-isu baharu dan berbangkit, cabaran pelaksanaan inisiatif serantau,” katanya di Facebook.
Menurut KDN mesyuarat itu juga bagi pengukuhan koordinasi antara negara ASEAN dalam menangani jenayah rentas sempadan secara menyeluruh.
Be the first to leave a comment