DAPSY membantah pelaksanaan GST

Spread the love

Oleh: Lim Chun Weng

Setiausaha DAPSY kebangsaan Lim Chun Weng dalam kenyataan yang bertarikh 5.02.2025 membantah cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Menurut Lim, GST tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia buat waktu ini, jangan kenakan cukai kepada yang miskin.

“Ya benar, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ini merupakan sistem cukai yang lebih berkesan dan adil kerana tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada membayar cukai ini. Akan tetapi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ini merupakan Regressive Tax di mana akan wujud keadaan di mana individu yang berpendapatan rendah akan membayar bahagian yang lebih besar berbanding dengan individu yang berpendapatan Tinggi, RM 100 dari golongan pendapatan rendah adalah lebih tinggi nilainya berbanding dengan yang berpendapatan tinggi.

“Pendapatan rakyat Malaysia masih rendah. Untuk makluman semua, gaji median rakyat Malaysia pada waktu ini adalah RM 2,844 sahaja. Hanya 16.5 peratus rakyat Malaysia mampu membayar cukai pendapatan dan lebih daripada 60% rakyat Malaysia menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Take Home pay golongan yang berpendapatan rendah adalah lebih rendah banding yang berpendapatan Tinggi, hal ini bermakna dari segi liquiditi kewangan mereka adalah lebih rendah, kehidupan mereka akan terjejas kalau cukai dikenakan kepada mereka. Sekiranya barangan dikenakan cukai, maka ia akan menyebabkan rakyat kurangkan pembelian sejurusnya menjejaskan ekonomi tempatan yang beransur pulih dari wabak covid-19.

Menurut Lim, misi utama kerajaan buat masa ini adalah menambah pendapatan rakyat Malaysia terlebih dahulu. Kita perlu memastikan pendapatan rakyat golongan berpendapatan rendah dinaik dahulu sebelum apa-apa cukai baharu dikenakan kepada mereka.

“Usaha sedia ada kerajaan adalah “menaikkan siling” dan “menaikkan lantai” sebagai asas Kerangka Ekonomi Madani di mana kita cuba sedaya upaya untuk menaikkan kemampuan ekonomi negara dan pendapatan rakyat Malaysia.

“Antara usaha yang dibuat adalah kerajaan Madani naikkan gaji pekerja sektor awam dan gaji minima agar kami mampu “menaikkan lantai” pada masa yang sama kita melancarkan dasar dan perancangan ekonomi seperti Johor Singapore Special Economic Zone bagi menarik pelaburan yang berkualiti serta wujudkan pekerjaan pendapatan tinggi.

“Inilah reformasi ekonomi yang kita bawa bagi meningkatkan pendapatan negara. Kenakan cukai merupakan jalan yang paling mudah untuk menjana pendapatan, tetapi Kerajaan Madani prihatin memilih jalan yang susah tetapi senangkan rakyat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation