• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

DATO’ SRI HAZANI FIGURA PASUKAN TERAJUI AKPS BERSARA WAJIB SETELAH 38 TAHUN BERKHIDMAT

Spread the love
SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA FACEBOOL, PDRM

Kuala Lumpur, 7 Februari 2025 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) hari ini berkumpul bagi menyaksikan Majlis Paluan Berundur sempena persaraan wajib Ketua Pengarah AKPS, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali pada 10 Februari ini, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Ketibaan Dato’ Sri Hazani bersama isteri, Datin Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid disambut mesra Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dengan Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid.

Menyingkap kembali perjalanan karier anak kelahiran Machang, Kelantan yang berpengalaman selama 38 tahun di dalam perkhidmatan, Dato’ Sri Hazani mula menyertai PDRM sebagai pelatih Kadet Inspektor di PULAPOL Kuala Lumpur pada 1987, sebelum menjadi Pegawai Pemerintah Platun, Batalion 14, Pasukan Polis Hutan (kini Pasukan Gerakan Am) Kuching pada 1988 dan seterusnya Pegawai Gerakan, Unit Tindak Khas Bukit Aman pada tahun 1989.

Berbekalkan kewibawaan dan kecemerlangan yang dipamerkan dalam penugasan telah melayakkan beliau memegang beberapa jawatan penting, antaranya Komander Eastern Sabah Security Command (2017), Pesuruhjaya Polis Sabah (2020) serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (2021).

Bapa kepada tiga orang anak itu terus menunjukkan prestasi membanggakan apabila diberi kepercayaan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah AKPS yang pertama, berkuat kuasa pada 31 Januari 2024.

Antara kejayaan yang dilakar beliau termasuk berperanan dalam memastikan sumber dan aset keselamatan negara digunakan secara efektif untuk membanteras ancaman keselamatan seperti keganasan, ekstremisme dan kegiatan subversif.

Di bawah kepimpinan beliau juga, PDRM berjaya menumpaskan beberapa ancaman berkaitan militan dan keganasan terutamanya di timur perairan Sabah melalui Operasi Bersepadu dengan agensi keselamatan lain.

Dalam majlis yang berlangsung sekitar sejam tadi, Dato’ Sri Hazani telah diberi penghormatan oleh Pasukan untuk menjadi “guest conductor” bagi memimpin Pancaragam Pusat PDRM yang diketuai Penolong Pengarah Muzik Pusat PDRM, Inspektor Muhammad Farhan Mohamad Safiruddin dengan membawa lagu “Street of Dreams”.

Majlis diakhiri dengan deklamasi sajak bertajuk “Sang Pejuang Setia” hasil nukilan Pengarah Unit Integriti AKPS, Tuan Asrul Ridzuan Ahmad Rustami dan dipersembahkan oleh Pengarah Bahagian Kewangan dan Perolehan AKPS, Dr. Wong Yau Duenn.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, barisan pegawai kanan PDRM dan AKPS, ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis serta rakan-rakan media.

Sementara itu, pagi tadi turut berlangsung Majlis Penyerahan Nota Serah Terima Tugas Ketua Pengarah AKPS antara Dato’ Sri Hazani dengan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AKPS merangkap Pemangku Ketua Pengarah AKPS, Dato’ Sazali Mohamad di Ibu Pejabat AKPS, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation