• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

CANSELOR UM ANUGERAHKAN PROFESOR DR SAEDAH SIRAJ GELARAN PROFESOR EMERITUS

Spread the love

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2022 : Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur- Lah, Canselor, Universiti Malaya berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada tokoh pendidikan, Profesor Dr. Saedah Siraj di Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-62 pada hari ini.

Profesor Dr. Saedah Siraj merupakan anak kelahiran Muar, Johor dan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Sarjana Pendidikan, dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di University of Pittsburgh, Amerika Syarikat. Penglibatan beliau dalam bidang pendidikan tanahair bermula seawal tahun 1977 dengan menjawat jawatan guru di Sekolah Menengah Sungai Mati, Muar, Johor.

“Saya bersyukur dan gembira menerima gelaran Profesor Emeritus ini, dan saya berhasrat untuk terus menyumbang kepakaran saya dalam bidang pendidikan kepada Fakulti, Universiti dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Antara perancangan saya setelah diberi gelaran ini adalah untuk mewujudkan dan menjalankan projek School For The Future,” kata Profesor Dr. Saedah.

Pada tahun 1983, beliau dilantik sebagai Pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor pada tahun 2005. Sepanjang tempoh lebih 40 tahun menggalas tanggungjawab sebagai pendidik, beliau turut diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan penting di peringkat fakulti, universiti dan negara.

Profesor Dr Saedah yang juga merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak, merupakan seorang yang gigih dan berwawasan tinggi, dan berjaya menghasilkan lebih 35 buah buku, bab dalam buku dan lebih daripada 140 artikel jurnal berwasit antarabangsa. Kegigihan beliau sebagai seorang penulis yang prolifik terbukti apabila beliau dianugerahkan Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2019 oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Universiti Malaya pada tahun ini meraikan 7,863 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-62 dalam 15 sidang bermula 5 Disember hingga 12 Disember 2022. Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-62 yang berlangsung pada hari ini telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation