PELUNCURAN BUKU KEADILAN BAGI ORANG YANG BERSOLAT TERBITAN ABIM, DI PERAK

Spread the love

13hb November 2022: Alhamdulillah, bertempat di Chepor, Perak, Presiden ABIM Ke-2, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluncurkan buku “Keadilan Bagi Orang Yang Bersolat” terbitan ABIM dan Institut Bitara sempena Majlis Pelancaran Pra Sambutan 30 Tahun SERI ABIM Al-Ummah, Perak.

Hadir sama, Prof. Ustaz Dr. Razali Nawawi (Presiden ABIM Pertama); Prof. Dato’ Dr. Redzuan Othman (Pengerusi Majlis Syura WADAH-ABIM-PKPIM Kebangsaan) dan Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM ke-10).

Naskah ini adalah satu nukilan dari inspirasi yang digarap sewaktu DSAI menatap Kitab “Munyatu ‘l-Musalli” karangan Shaykh Daud bin Abdullah Al-Fatani, ketika dipenjarakan sebagai tahanan politik.

Kitab ini amat besar nilainya dalam kompilasi khazanah manuskrip Melayu lama yang menjadi simbol penerusan kegemilangan budaya ilmu di alam Melayu.

Shaykh Daud ketika mengajar tentang kesempurnaan solat menerusi tulisan beliau dalam kitab Munyatu ‘l-Musalli turut mengabadikan kepentingan menghormati kerukunan masyarakat terutama sang penguasa yang wajib berlaku adil dan betul dalam menjalankan amanah rakyat.

Dalam bab “Tatmim al-Fa’idah” yang merupakan bab terakhir, Shaykh Daud seolah memberi gambaran bahawa solat kita tidak akan sempurna jika kita tidak memberi perhatian terhadap keadilan, kerana tanpanya kezaliman akan berleluasa dan tiada lagi pemeliharaan agama (hifz al-din), terutamanya saat kegalawan politik yang berpanjangan.

Moga usaha ini dapat mengukuhkan iltizam umat Islam tanah air untuk menjunjung nilai keadilan dalam segala ruang lingkup dan dimensi kehidupan, terutamanya dalam persekitaran yang majmuk dan rencam budaya seperti Malaysia.

Karya ini boleh didapati secara percuma di sini https://online.anyflip.com/obtem/zsyi/ (Versi Flipbook)

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation