Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ketuai delegasi negara di CBD COP15

Spread the love

PUTRAJAYA, 14 Disember 2022 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Bin Nik Ahmad memaklumkan bahawa Kementerian yang diterajuinya iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, selaku national focal point kepada Convention on Biological Diversity (CBD) sedang mengetuai delegasi negara di The Fifteenth Conference of the Parties to the CBD (CBD COP15) bermula pada 7 Disember hingga 19 Disember 2022 di Montreal, Kanada.

Katanya dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, CBD merupakan sebuah multilateral environmental agreement (MEA) yang dianggotai oleh 196 negara ahli dan mempunyai 3 matlamat utama iaitu konservasi biodiversiti, penggunaan komponennya secara mampan, dan perkongsian faedah daripada sumber genetik secara adil dan saksama.

“COP diadakan setiap 2 tahun untuk merundingkan dokumen dasar dan teknikal berhubung biodiversiti di peringkat antarabangsa. COP15 adalah sangat penting kerana ia akan memuktamadkan Pelan Tindakan Strategik Biodiversiti bagi menggantikan Sasaran Biodiversiti Aichi.

Antara agenda utama yang melibatkan kepentingan negara ialah Post-2020 Global Biodiversity Framework (Post-2020 GBF), kawasan perlindungan, biologi sintetik, digital sequence information (DSI), biodiversiti marin, spesies asing invasif (IAS) dan mobilisasi sumber.” kata Nik Azmi.

Tambah beliau, sebagai salah sebuah negara megadiverse, Malaysia menegaskan bahawa pelaksanaan Post-2020 GBF perlu mengambil kira kepentingan dan keadaan semasa negara.

“Di samping itu, pelaksanaan Post-2020 GBF mesti disokong oleh dokumen panduan serta bantuan teknikal dan kewangan yang mencukupi daripada Sekretariat CBD dan negara-negara maju yang lain. Hasil rundingan CBD akan diterjemahkan dalam kerangka pengurusan biodiversiti negara melalui Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK).” ujarnya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation