• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

SELEPAS 40 TAHUN, KPFMB TERUS MENCIPTA EKONOMI MASYARAKAT LUAR BANDAR

Spread the love

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Walaupun dengan ramalan bahawa dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2023, industri koperasi diyakini mampu berperanan meringankan beban rakyat Malaysia di luar bandar khasnya dari kalangan B40.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang baru, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa koperasi menawarkan perniagaan yang selamat dan pada masa sama memberi manfaat persekitaran yang besar kepada masyarakat setempat kerana sistem tadbir urus yang baik dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Beliau turut memuji pencapaian unggul koperasi seperti Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFMB) yang berjaya berkembang serta mencipta kejayaan dengan menceburi pelbagai bidang seperti perladangan, hartanah, pembangunan dan peruncitan selama 40 tahun operasinya.

Menurut Pengerusi KPFMB Dato’ Haji Sabari Misran, kemampuan mereka untuk bertahan dan mengecapi kejayaan demi kejayaan walaupun selepas 40 tahun penubuhan menunjukkan bahawa dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh anggota koperasi, kemelesetan demi kemelesatan yang dihadapi dunia akan mampu ditangani dengan jayanya.

Namun begitu, koperasi perlu berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan bergerak seiring dengan perkembangan terkini agar sentiasa relevan dalam dunia perniagaan komersial semasa. Malah menurut Sabari, adalah wajar untuk koperasi melakukan penjenamaan semula dari masa ke semasa agar sentiasa diterima oleh masyarakat dan menyuntik semangat dan nafas baru dalam perniagaan dan strategi pemasarasan supaya anggota sentiasa teruja lantas menyokong usaha-usaha yang dirancang oleh pihak pengurusan koperasi.

YAB. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama yang dimeterai di antara Koperasi Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFMB) dan PKPP Agro Sdn. Bhd. bagi pelaksanaan kontrak tapak semaian kelapa sawit di Mukim Lepar, Pahang.

Beliau dipetik ketika berucap di Majlis Sambutan 40 Tahun serta Mesyuarat Agung Perwakilan tahunan Kali ke 40 Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur malam tadi. Disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, turut hadir ialah Timbalan Menteri KKDW, YB Datuk Rubiah Wang, Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKPP Agro Sdn Bhd, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian KKDW, Datuk Sri Ramlan Bin Harun, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Che Murad Sayang Bin Ramjan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, Encik Mas Rizal Bin Hilmi.

Lagi Berita Luar Bandar :

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation