• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

KKD pantau isu pengambilalihan pengurusan Menara KL

Spread the love

27 Disember 2022 – Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata beliau memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial serta soalan-soalan yang ditanya media berhubung pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) melalui pegangan saham penuh daripada pihak Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) kepada syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd.

Dalam kenyataan ringkas hari ini, Fahmi turut menyatakan bahawa beliau telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada 14 Disember 2022.

“Saya juga akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada pihak Telekom Malaysia (TM) pada 3 Januari 2023.

Saya difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.” ujarnya.

Tambahnya KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation