COVID-19 : Rakyat disarankan segera dapatkan dos vaksin penggalak
30 DISEMBER 2022 – Melihat kepada situasi dan perkembangan terkini di negara China, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kepada semua penduduk di negara ini supaya dapatkan dos vaksin penggalak.
Dalam satu ciapan di Twitter rasmi beliau, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata walaupun kes baharu terkini dalam negara masih terkawal dan menurun, rakyat perlu mengambil tindakan bersiapsiaga.
“Untuk makluman semua terkini liputan vaksinasi Covid-19 bagi populasi Malaysia untuk dos penggalak pertama hanya 49.8% dan dos penggalak kedua pula amat rendah iaitu 1.9%. Untuk kita tingkatkan pertahanan immunity badan, sila dapatkan dos penggalak.” kata Dr. Noor Hisham Abdullah.
Selanjutnya beliau turut berkongsi cara-cara mendapatkan temujanji bagi dos vaksin seperti di bawah :
Be the first to leave a comment