• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Abang Johari menyeru rakyat Sarawak sentiasa berwaspada dengan kemungkinan banjir

Spread the love

KUCHING, 2 Mac 2023 – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru rakyat Sarawak agar sentiasa berwaspada dengan kemungkinan banjir yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja sehingga 15 Mac nanti.

Katanya, di (kawasan) Batu Kawa ada sedikit pengurangan (terjejas banjir) dan tidak seperti pada tahun-tahun yang lepas dengan adanya benteng di Kampung Rantau Panjang.

“Saya rasa selepas benteng ini siap, kita dapat mempertahankan kampung-kampung daripada banjir kilat,” katanya semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu Kawa di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, kerajaan negeri ketika ini sedang melaksanakan satu kajian menyeluruh dalam usaha memperbaiki sistem saliran sedia ada dan akan mengadaptasi sistem saliran terbaik dunia termasuk dari negara Belanda bagi menangani banjir di negara tersebut.

“Belanda merupakan sebuah negara yang berada di bawah paras laut dan mempunyai sistem yang baik dan mungkin boleh kita gunakan di Sarawak.

“Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian telah mengetuai misi melaksanakan kajian tersebut di Belanda baru-baru ini dan kita akan laksanakan sistem baharu ini secara berperingkat bermula di Kuching terlebih dahulu, kemudian ke bahagian seterusnya yang berisiko banjir,” jelas beliau lagi.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation