• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

KPKT fokus terhadap penyediaan perumahan mampu milik dan perkhidmatan kebombaan

Spread the love

PUTRAJAYA, 10 Mac 2023 – Agenda Malaysia Berdaya Huni melalui penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti dan perkhidmatan kebombaan yang responsif dan efektif terus menjadi keutamaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Bagi tahun ini, KPKT akan memberi tumpuan dan keutamaan kepada pembinaan projek PPR yang melibatkan penyediaan tapak tanah secara percuma atau dengan kadar premium nominal oleh Kerajaan Negeri.

“Manakala bagi pembinaan projek Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) pula, Kerajaan Negeri perlu menyediakan tapak tanah yang bersesuaian bagi tujuan pembinaan BBP tersebut untuk diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Faktor ini akan diambil kira selain daripada skor kajian fire cover yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).” kata KPKT dalam satu siaran media hari ini.

KPKT juga akan memastikan aspek komersial turut diambil kira supaya perumahan yang dibangunkan adalah memenuhi ciri-ciri kondusif dan berdaya huni dengan mengutamakan lima (5) elemen iaitu accessibility, liveability, connectivity, sustainability dan good community.

“Bagi pelaksanaan projek-projek baharu, KPKT akan mempertimbangkan pelaksanaan kajian berdasarkan pulangan pelaburan (return of investment), analisis kos faedah (cost benefit analysis), indeks kesahan dan kebolehpercayaan (credibility realibility index) dan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study).

Dapatan kajian ini akan memberi fokus yang jelas dan nyata serta menghindarkan ketirisan perbelanjaan bagi mencapai mutu tertinggi dan kesejahteraan rakyat.” ujar KPKT.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation