• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

Spread the love

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri Menu RAHMAH yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Sebanyak 14 pemain industri termasuk persatuan-persatuan penyedia makanan yang menawarkan Menu RAHMAH telah berjaya dikumpulkan di dalam majlis kenduri tersebut.

Antara industri dan persatuan yang menyertai majlis kenduri ini adalah Mydin, AEON Big, Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim, Pertubuhan Sahabat Tom Yam Prihatin Se-Malaysia, PLUS Berhad, Marry Brown Sdn Bhd, Old Town White Coffee, McDonald’s Malaysia, Burger King, A & W Malaysia, Texas Chicken Malaysia, Bubblebee, Mios Kitchen dan Temerloh Catering Sdn. Bhd.

Justeru, KPDN mengucapkan terima kasih kepada semua penyedia makanan kerana menyertai majlis kenduri ini dan menyediakan makanan Menu RAHMAH kepada jemputan secara PERCUMA. Ini menunjukkan sinergi yang positif antara pengusaha makanan dan kerajaan dan manifestasinya adalah kejayaan penganjuran Kenduri MENU RAHMAH tersebut.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation