• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Spread the love

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menziarahi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam.

Foto oleh Azuddin

Dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, Ahli Parlimen Bera itu mengimbau kembali kejadian menyayat hati yang telah berlaku di situ pada tahun 2017 yang lalu.

“Kisah menyayat hati anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terkorban dalam kebakaran meragut nyawa 23 mangsa pada 14 September 2017, masih berbekas dalam hati dan juga ingatan…

Saya masih ingat lagi sedih yang menyentap diri ketika itu. Kami sempat berbuka puasa bersama-sama beberapa bulan sebelum tragedi itu berlaku.

Hari ini, saya kembali ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah untuk bersama-sama dengan 24 pelajar baru tahfiz dan pengurusan dalam program Kongsi Rezeki Ramadan.” katanya.

Tambah beliau, mereka nampak sihat dan menjalani rutin harian dengan baik.

“Alunan bacaan Al-Quran yang dibaca anak-anak tahfiz sentiasa berkumandang di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.” ujarnya.

Ismail Sabri turut yakin bahawa kerajaan kini akan meneruskan usaha pentadbiran terdahulu dalam menjaga kebajikan pelajar-pelajar tahfiz di seluruh negara.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation