• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

Spread the love

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM), telah mengetuai delegasi Malaysia ke The 10th AsiaPacific Forum on Sustainable Development (APFSD10) yang berlangsung pada 27 hingga 30 Mac 2023 bertempat di Pusat Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCC), Bangkok.

Bertemakan ‘Mempercepatkan pemulihan daripada penyakit Coronavirus (COVID-19) dan pelaksanaan penuh Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan di semua peringkat di Asia dan Pasifik’, APFSD10 merupakan sebuah forum antarabangsa yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Penganjuran APFSD10 ini bermatlamat untuk menyokong tindakan susulan dan kajian semula kemajuan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di peringkat serantau. Ia juga berperanan sebagai Mesyuarat Persediaan Serantau ke Forum Politik Peringkat Tinggi (HLPF) di New York pada Julai 2023.

Selaras dengan fokus HLPF 2023, APFSD10 akan menilai kemajuan pelaksanaan SDGs melibatkan Matlamat 6 (Air bersih dan sanitasi); Matlamat 7 (Tenaga yang berpatutan dan bersih); Matlamat 9 (Industri. inovasi dan infrastruktur); Matlamat 11 (Bandar dan komuniti mampan); dan Matlamat 17 (Perkongsian untuk Matlamat).

Penganjuran forum antarabangsa ini telah diadakan sejak 2014, menghimpunkan wakilwakil kerajaan negara, wilayah dan tempatan, ahli akademik, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, perancang bandar dan wakil masyarakat sivil. Ia merupakan platform perbincangan isu-isu yang mendesak dan melibatkan aspek perbandaran pesat serta kesannya terhadap komuniti, bandar, ekonomi dan perubahan iklim bagi memastikan sasaran Agenda SDGs 2030 dapat dicapai.

Forum tahunan ini juga bertujuan untuk menyokong dan menyemak kemajuan pelaksanaan Agenda SDGs 2030 di peringkat wilayah. Ia juga merupakan medium perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dari segi pelaksanaan kelestarian dan
kemampanan.

YB KM berkata, “Malaysia memandang serius isu perumahan, kemampanan ekonomi setempat, ekonomi kitaran, dan komited untuk menyelesaikan cabaran-cabaran ini bagi mencapai Agenda SDGs 2030 khususnya Matlamat 11: Bandar dan Komuniti yang Mampan (Sustainable Cities and Communities).”

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation