• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

RM7.3 Juta Nilai Rampasan Seminggu OP Khas Pagar Laut

Spread the love

PUTRAJAYA, 18 April 2023 – Sejumlah RM7.3 juta nilai rampasan keseluruhan telah direkodkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hasil daripada 18 kes tangkapan melalui Op Pagar Laut yang dilaksanakan bermula 9 April lalu hingga semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), merangkap pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak 6 kes melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang terdiri daripada 16 orang pelbagai warga negara, 3 kes penyeludupan kontraband rokok, 3 kes pencerobohan bot nelayan asing (BNA), 1 kes penyeludupan barang kawalan minyak masak serta 5 kes berkaitan Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952).

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan menambah kejayaan ini adalah hasil rutin rondaan dan penguatkuasaan dilaksanakan oleh 800 pegawai dan anggota penguat kuasa yang telah ditugaskan dalam operasi ini disamping 45 buah pelbagai aset milik agensi ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjaun udara sempena Op Pagar Laut di sekitar kawasan perairan Selangor hari ini.

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan turut berkata, Maritim Malaysia telah memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia dan Thailand serta Indonesia.

Beliau dalam pada itu tidak menafikan selain maklumat perisikan, dan maklumat dari radar SWASLA, Maritim Malaysia juga telah menerima maklumat-maklumat awam yang telah menyumbang kepada kejayaan kes-kes tangkapan operasi ini.
Justeru bagi mengekalkan momentum pencapaian operasi ini, beliau menyeru kepada orang ramai khususnya masyarakat maritim untuk terus menjadi mata dan telinga kepada pihak Maritim Malaysia agar aktiviti jenayah maritim dapat dibanteras habis-habisan.

Maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim boleh disalurkan secara terus dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim (POMAR) di talian 03-89434001 serta mana-mana Pusat Operasi Maritim (PUSOP) yang berhampiran di seluruh negara atau menghubungi Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian 999.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation