• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Rompakan Berkumpulan, empat warga tempatan ditahan Maritim Malaysia

Spread the love

KOTA TINGGI, 26 April – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Bin Ibrahim memaklumkan bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia( Maritim Malaysia) menerusi Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) telah menahan empat warga tempatan yang disyaki terlibat dalam rompakan berkumpulan dalam kejadian yang berlaku di antara jam 12.30 tengah malam 24 April hingga jam 4.35 pagi 25 April semalam.

Menurutnya dalam satu siaran media yang dijeluarkan hari ini, pada jam 10.30 malam 24 April, pihak Maritim Malaysia Negeri Johor telah menerima aduan mengenai insiden rompakan yang berlakudi atas pelantar Aurora Producer 1 di kedudukan 0.7 batu nautika timur laut Jeti Pelabuhan Tanjung Langsat.

“Sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 12.30 tengah malam dan menemui sebuah bot gentian kaca bersama empat orang yang disyaki berada di bawah pelantar terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, suspek dilihat bertindak cuba menenggelamkan bot gentian kaca. Ekoran tindakan suspek tersebut, bot gentian kaca digunakan suspek telah tenggelam di lokasi dan kesemua empat suspek telah berpaut pada tiang pelantar terbabit sebelum keletihan dan bertindak terjun ke laut.

Kesemua suspek warga tempatan yang berumur di antara 27 tahun hingga 47 tahun telah berjaya diselamatkan oleh bot ronda Maritim Malaysia seterusnya ditahan dan dibawa ke Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.” kata Datuk Saiful Lizan.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan awal di pelantar Aurora Producer 1 telah menemui dua orang kru warga tempatan berumur 24 tahun dan 32 tahun yang disyaki menjadi mangsa rompakan.

“Mangsa mengatakan ketika kejadian pelantar dinaiki tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang telah menyerang dan mengikat kaki, tangan dan mulut mangsa sebelum dikurung di dalam sebuah kabin di atas pelantar tersebut. Mangsa telah terkurung selama dua jam sebelum berjaya melepaskan ikatan dan bersembunyi bagi menunggu ketibaan pihak berkuasa.

Suspek dipercayai cuba mencuri kabel dan perkakasan kerja dan dua buah telefon bimbit milik mangsa telah dilaporkan hilang. Jumlah dan barang perkakasan pelantar yang disyaki dicuri masih di dalam siasatan.

Kesemua suspek telah direman selama lima hari bagi siasatan di bawah Seksyen 391 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan berkumpulan.” ujar Datuk Saiful Lizan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation