• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

12 Kes Berprofil Tinggi Tumpas, Nilai Keseluruhan Tangkapan Lebih RM13 Juta

Spread the love

PULAU PINANG, 28 April 2023 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan Op Pagar Laut tahun 2023 dengan nilai keseluruhan adalah berjumlah lebih RM13 juta.

Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data berkenaan adalah kejayaan dua minggu pelaksanaan operasi berkenaan yang dijalankan di seluruh kawasan perairan negara iaitu bermula 9 April sehingga 25
April yang lalu.

12 tangkapan berprofil tinggi berkenaan adalah tiga (3) kes tangkapan melibatkan cubaan menyeludup masuk rokok, dua (2) kes cubaan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), satu (1) kes cubaan mencuri, satu (1) kes cubaan rompakan berkumpulan, tiga (3) kes pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) dan dua (2) kes kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak.

Saifuddin turut memaklumkan daripada 12 kes berprofil tinggi seperti dinyatakan, pihak Maritim Negeri Johor telah berjaya menumpaskan kes rompakan bersenjata melibatkan empat (4) orang warganegara tempatan di Pelantar Aurora Producer 1 di Tanjung Langsat, Johor pada 24 April lalu. Kesemua Orang Kena Tuduh (OKT) disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana Merompak Secara Berkumpulan.

Beliau berkata demikian pada sesi Lawatan Kerja dan Penyampaian Bingkisan Raya kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang bertugas sempena Op Pagar Laut di Kapal Maritim (KM) Burau di sini hari ini.

Turut hadir sama pada sesi berkenaan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), memangku tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Hj Mohd Amin.

Saifuddin turut berkata kejayaan Op Pagar Laut ini adalah usaha berterusan Maritim Malaysia memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia dan Thailand serta
Indonesia.

Melalui tindakan berterusan seperti ini beliau berharap Maritim Malaysia akan dapat mengurangkan sekaligus menghentikan aktiviti jenayah seperti penyeludupan PATI serta penyeludupan barangan kontraband, pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) dan banyak lagi.

Sungguhpun Op Pagar Laut akan berakhir pada 30 April nanti, Maritim Malaysia akan meneruskan kawalan dan rondaan di perairan negara dengan beberapa operasi lain di seluruh negara.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation