• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh Penunggang Motosikal (Motorcycle Shelter) di sepanjang Lebuh Raya Bertol di Malaysia

Spread the love

Hari ini, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah hadir ke lawatan kerja di salah satu lokasi tambahan di Persimpangan Kota Damansara, Lebuhraya NKVE.

Beliau diringi oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Sazali Harun Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar wakil Syarikat PROLINTAS Sdn. Bhd, Ir. Rostam Sharif Tami, serta pegawai kanan Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM, PSKLM dan Syarikat Konsesi lebuh raya.

Menurut LLM dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, KKR dan LLM entiasa komited di dalam meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat diberi keutamaan.

Salah satu inisiatif yang telah dikenalpasti adalah membuat penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal di lebuh raya bertol di Malaysia.

“Pembinaan motorcycle shelter baharu ini telah bermula pada suku ketiga tahun 2023. Syarikat konsesi lebuh raya diminta untuk menyegerakan penyediaan motorcycle shelter terutamanya di lokasi yang tidak memerlukan kos
tinggi untuk meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya.

KKR dan LLM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan syarikat konsesi kepada penunggang motosikal di lebuh raya yang merupakan pengguna yang paling vulnerable dengan sukarela menambah motorcycle shelter bagi memastikan keselamatan golongan ini ketika berteduh semasa cuaca buruk.

Di bawah projek penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal ini, sebanyak 119 lokasi tambahan telah dikenalpasti untuk dibina. Walaubagaimanapun, bilangan ini bukanlah satu jumlah yang rigid kerana KKR dan LLM sentiasa terbuka untuk menerima cadangan lokasi tambahan lain daripada semua syarikat konsesi lebuh raya.” kata LLM.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation