Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua (2) syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia bakal menawarkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital. Fahmi Fadzil pakej-pakej tersebut ditawarkan sempena Bulan Kebangsaan dan kedua-duanya merupakan pakej perkhidmatan Internet yang lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran.
“Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan. Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00. Pakej tersebut akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini.
Sebagai menghargai penjawat awam, Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam turut diperkenalkan dengan pemberian rebat RM10 sebulan yang akan dinikmati oleh semua penjawat awam di Malaysia. Ianya terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada. Ini bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun. Pakej ini juga akan berkuatkuasa bermula 31 Ogos 2023.” kata Fahmi menerusi satu kenyataan yang diedarkan hari ini.
Tambah beliau, Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.
“Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.” ujarnya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment