• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

PSIS lafaz ikrar tolak prinsip amalan rasuah dalam organisasi

Spread the love

Warga Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) baru-baru ini menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah bagi menolak prinsip amalan rasuah dalam insititusi ini.

Pengarah PSIS, Mohamad Yusof Sulaiman berkata insiatif ini diadakan supaya warga kerja PSIS sentiasa berwaspada dan tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti yang tidak bermoral membabitkan wang ringgit dalam melaksanakan tugas seharian.

“Amalan berunsur rasuah bukan sahaja menyebabkan imej tercalar, tetapi persepsi dan kepercayaan masyarakat terhadap sebuah organisai turut terjejas.

Justeru, ikrar yang dibuat pada hari ini penting supaya setiap individu akan melakukan tugas dengan lebih bertanggungjawab dan ia sejajar dengan Pelan Antirasuah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2022-2026 merupakan komitmen Kementerian dalam menangani risiko rasuah seiring dengan aspirasi Kerajaan melalui pembangunan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 iaitu “Ke Arah Negara Bebas Rasuah,” katanya.

Beliau turut menegaskan supaya warga kerja PSIS hendaklah sentiasa mematuhi peraturanperaturan penjawat awam.

Lafar Ikrar yang membabitkan 370 kakitangan yang diketuai oleh Pengarah PSIS, Mohamad Yusof Sulaiman dan disertai oleh Ketua-Ketua Jabatan Akademik, ia telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor, Ridzuan Abd. Malik.

Turut hadir, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, Penolong Pesuruhjaya, Muhamad Firdaus Musa, Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Nizam Mohd Nasir dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Norman Zamri.

Sebagai makluman tambahan, Politeknik Sultan Idris Shah adalah institusi Pendidikan Tinggi Awam yang terbuka kepada individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang memenuhi syarat-syarat tertentu dan terbuka kepada semua tanpa peringkat umur yang menawarkan 10 program Diploma berdasarkan permintaan industri keperluan semasa.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation