BEHRANG, 11 OGOS 2023 – Majlis Pelancaran TVET DIGITAL POLYCC, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),
Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) tekah diadakan di sini semalam.
TVET DIGITAL merupakan insiatif JPPKK dalam memantapkan pendigitalan pendidikan dan ketersediaan warga dan institusi JPPKK kepada teknologi baharu selaras agenda mentransformasi POLYCC.
Abdul Razak berkata Pelancaran Transformasi TVET DIGITAL POLYCC ini jelas membuktikan bahawa politeknik dan kolej komuniti telah menyahut hasrat kerajaan dalam memperkasa pendigitalan dan bersedia mengadaptasi teknologi baharu.
“Pelancaran inisiatif yang dibuat hari ini bertepatan dengan Amanat Tahun Baharu 2023 oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi sebelum ini yang menyatakan pelan pendigitalan KPT sedia ada akan dilonjakkan dengan memfokuskan kepada pendigitalan total dalam semua aspek pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatannya.
Di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pelan pendigitalan juga merupakan perkara penting yang sedang dirangka untuk Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan merupakan salah satu inisiatif KPT dalam memantapkan tatakelola dan ketangkasan penyampaian bagi memperkasa rakyat di bawah Ekonomi MADANI”, katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata usaha pendigitalan ini bukan sahaja dijalankan secara dalaman di peringkat induk malah turut mendapat sokongan daripada rakan agensi seperti Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), AWS serta beberapa pemain industri yang lain.
“Sistem Pembelajaran Digital POLYCC atau dikenali sebagai CIDOS 4.0 merupakan sistem pembelajaran yang menggunakan teknologi cloud computing sepenuhnya dengan peruntukan khas yang diterima dari pihak MAMPU, projek kolaborasi POLYCC bersama MAMPU ini merupakan projek rintis pertama yang dipilih kerajaan dalam program Governement Hybrid Cloud. Melalui projek cloud ini, sistem CIDOS 4.0 telah menggunakan cloud computing sepenuhnya dan digunakan untuk proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam talian kepada hampir 100 ribu pelajar POLYCC tanpa gangguan trafik yang sering berlaku seperti sebelum ini.
Untuk itu, usaha TVET DIGITAL ini diadakan bagi mempersiapkan graduan TVET POLYCC yang berkualiti dan bersedia mendepani teknologi baharu serta future proof talent iaitu: high skill, high tech, dan high art. Saya berharap melalui transformasi TVET DIGITAL yang mempunyai 25 inisiatif bermula tahun 2023-2027 ini akan dapat menyahut saranan pendigitalan oleh pihak kerajaan terutamanya dalam aspek proses pembelajaran pelajar”, katanya.
Dalam pada itu, Abdul Razak turut melakukan lawatan ke ruang pembelajaran atau learning spaces Immersive XR (Immersive XR Collaborative Classroom) serta melawat ke Autonomous Vehicle 4IR Flagships di politeknik tersebut.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment