Maritim Malaysia dan Petronas perkukuh jalinan kerjasama melalui perjanjian persefahaman

Spread the love

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Jalinan kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah diperkukuhkan lagi dengan termeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua entiti di ibu negara semalam.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, MoU ini bertujuan bagi memperkukuhkan lagi kerjasama demi menjaga keselamatan maritim dan aset-aset strategik PETRONAS di perairan Malaysia.

Malah hasil termeterai perjanjian ini, pihak Maritim Malaysia dan PETRONAS akan memberangsangkan lagi kerjasama melalui inisiatif-inisiatif seperti di dalam bidang latihan dan operasi berasaskan kesediaan proaktif yang melibatkan risiko kepada aset-aset berkepentingan PETRONAS di dalam Zon Maritim Malaysia agar tindakan pencegahan awal dapat diambil sebelum ianya berlaku.

Turut hadir pada sesi menandatangani MoU berkenaan, Setiausaha Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Encik Zulkifli bin Abidin serta Ketua Pegawai Operasi PETRONAS dan Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Eksekutif Gas, En Adnan Zainal Abidin serta Pengurus Besar Kanan, Keselamatan Kumpulan PETRONAS, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah.

Secara keseluruhannya, perjanjian di antara pihak Maritim Malaysia dan PETRONAS memainkan suatu peranan penting untuk mereliasasikan aspirasi pembangunan mampan industri minyak dan gas negara, diantara komponen untuk meningkatkan ekonomi negara.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation