• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

KPKT dukung hasrat Kerajaan Madani perkasakan penyampaian perkhidmatan dan iktiraf peranan media

Spread the love

PUTRAJAYA 15 OGOS 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming telah menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 bertempat di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut memperkenalkan secara rasmi replika trofi kedua-dua anugerah tersebut.

“Penganjuran kedua-dua anugerah berprestij ini diharap dapat memberi inspirasi kepada pasukan KPKT untuk sentiasa membudayakan semangat daya saing agar terus komited melaksanakan pembaharuan dalam melestarikan perkhidmatan yang cemerlang.

Selain itu, ia juga merupakan usaha KPKT bagi memartabatkan peranan utama pengamal media dalam menyampaikan berita yang sahih dan tepat selain mengelakkan penyebaran berita palsu demi mengukuhkan perpaduan, keharmonian dan meningkatkan kestabilan ekonomi negara.” kata Nga Kor Ming.

Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 membawa simbolik slogan KPKT iaitu ‘stronger together’’, ‘unity in diversity’ dan ‘demi pertiwi’ melalui kepimpinan cemerlang dan berkualiti dalam melaksanakan dasar-dasar Malaysia MADANI. Ianya selari dengan usaha pemerkasaan penyampaian perkhidmatan KPKT yang terus menjadi fokus utama Kementerian dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

Sebanyak 12 kategori Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 akan dipertandingkan merangkumi lapan (8) anugerah bagi kategori individu iaitu Anugerah Keunggulan Menteri, Anugerah Berlian KPKT, Anugerah Kepimpinan Terbaik, Anugerah Kepimpinan Berinspirasi, Anugerah Pemimpin Harapan,Anugerah Personaliti Unggul, Anugerah Hati Emas dan Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik.

Manakala empat (4) anugerah bagi kategori berkumpulan pula ialah Anugerah Hijau KPKT, Anugerah Organisasi Sejahtera, Anugerah Organisasi Paling Responsif dan Anugerah PBT Cemerlang.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 yang akan berlangsung pada 11 November 2023 ini mendapat sokongan dan kerjasama dari rakan strategik iaitu Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dalam menjayakan penganjuran majlis ini.

Penerima anugerah akan diberikan penghargaan dan ganjaran dalam bentuk hadiah wang tunai bernilai sehingga RM20,000 (tertakluk kepada kategori), Sijil Penghargaan, trofi dan kursus jangka pendek di universiti ternama di luar negara bagi kategori terpilih.

Melalui Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 juga, KPKT ingin mengiktiraf sumbangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang komited dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan khususnya kepada masyarakat setempat. Oleh itu, anugerah tersebut turut juga ditujukan kepada semua PBT yang menunjukkan prestasi daya kerja cemerlang, progresif, berdaya maju dan dinamik dalam melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan untuk membangunkan lokaliti masing-masing.

Dalam pada itu, Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 pula merupakan usaha KPKT dalam mengiktiraf serta mengangkat peranan berterusan pengamal media dalam menterjemah agenda utama KPKT. Ia juga menyokong usaha berterusan negara dalam memastikan penyampaian maklumat berkesan, tepat dan sahih kepada rakyat melalui
pelbagai saluran media.

Terdapat 10 kategori Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 yang akan dipertandingkan iaitu Anugerah Liputan Perumahan Terbaik, Anugerah Liputan PBT Terbaik, Anugerah Liputan Wira Merah Terbaik, Anugerah Liputan Kemampanan Bandar & Persekitaran Hijau Terbaik, Anugerah Liputan Pengurusan Sisa Pepejal Terbaik, Anugerah Liputan Kredit Komuniti Terbaik, Anugerah Liputan Radio Terbaik, Anugerah Khas Liputan Multimedia, Anugerah Kewartawanan Foto Terbaik dan Anugerah Khas YB KM (Anugerah Utama).

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation