• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI semarakkan bulan Hari Kebangsaan tahun ini

Spread the love

SEREMBAN 17 Ogos 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merasmikan Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) di Pusat Beli-belah Mydin, Seremban 2 hari ini.

Program yang diadakan bersama-sama Kempen “OHMYDIN! Meriah Bersama” sempena sambutan ulang tahun ke-66 Pusat Beli-belah Mydin bertujuan menggalakkan penyertaan dan kerjasama strategik pelbagai pihak khususnya
syarikat swasta bagi menyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang kini sedang berlangsung.

Menurut KKD menerusi satu kenyataan hari ini, sebanyak 45 program Semarak Gemilang bakal dilaksanakan di seluruh negara sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2023 dan setakat ini, 14 program telah dilaksanakan seperti di bawah :

Manakala bagi Negeri Sembilan, sebanyak tiga (3) program telah diadakan dan dirancang iaitu di SMK Dato’ Mansor, Bahau pada 1 Ogos 2023, Pusat Beli-belah Mydin di Seremban 2 pada 17 Ogos 2023 dan di Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah pada 26 Ogos 2023.

Program yang berlangsung pada 17 hingga 19 Ogos 2023 iitu bakal dimeriahkan dengan pameran MyMerdeka 2023, Kuiz Kenegaraan, Permainan Dam Ular, Puzzle dan Kuiz ASEAN, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna Kanakkanak serta Persembahan Kebudayaan oleh PENTARAMA JaPen.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation