Laman Web Palsu sistem eGUMIS
PUTRAJA 18 Ogos 2023 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) memaklumkan terdapat laman web palsu bagi sistem eGUMIS.
Di dalam satu kenyataan ringkas hari ini, JANM berkata bahawa url halaman web yang dimaksudkan adalah https://telegroup.my.id/jawatanmalaysiaterkini-tdr
“Hasil semakan Computer and Incident Response Teams (CSIRT) JANM, url tersebut adalah phishing website atau laman web penipuan digital.
Justeru orang ramai diminta berwaspada dan berhati-hati dengan memastikan melayari laman web sebenar bagi urusan Wang Tak Dituntut (WTD) di url https://egumis.anm.gov.my/” kata JANM.
Be the first to leave a comment