• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Pesta Air Nasional @ Kuantan 2023 semarakkan kegiatan ekonomi negeri Pahang

Spread the love

KUANTAN 19 OGOS 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan program Pesta Air Nasional @ Kuantan 2023 selama tiga (3) hari bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2023 bertempat di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.

Majlis dihadiri oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan, Negeri Pahang Cik Leong Yu Man yang mewakili
Menteri Besar Pahang dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan. Turut hadir adalah para pemimpin di peringkat Persekutuan serta Negeri.

YBTM MOTAC dan YB Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan, Negeri Pahang

Menurut MOTAC, penganjuran Pesta Air Nasional @ Kuantan 2023 tersebut adalah usaha memperkukuhkan industri pelancongan, seni dan budaya secara inklusif di samping inisiatif berterusan Kementerian memperkenalkan budaya Malaysia di mata dunia khususnya kepada para pelancong domestik dan antarabangsa.

Program tersebut juga adalah merupakan salah satu inisiatif untuk menyemarakkan kegiatan ekonomi di negeri Pahang, khususnya di kawasan Pantai Teluk Cempedak yang melibatkan ramai pihak terutama penggiat industri
pelancongan dan rantaian yang berkaitan dengannya seperti penginapan, makanan, peruncitan, pengangkutan
dan sebagainya.

“MOTAC yakin pemilihan Kuantan sebagai destinasi tuan rumah pelaksanaan Pesta Air Nasional adalah satu pilihan
yang tepat. Kuantan memiliki daya tarikan tersendiri untuk menarik pelancong datang berkunjung, lebih-lebih lagi Teluk Cempedak yang merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong yang penting di Kuantan.” kata MOTAC.

Antara pengisian menarik yang telah diatur sepanjang tiga hari program ialah Laser projection on water screen, Sukan Rakyat, Pertandingan kayak, Pertandingan Pukul Bantal dan Panjat Tiang Licin, Pertandingan Luncur Ombak dan Luncur Angin, demonstrasi makanan warisan, demonstrasi menyelamat dan keselamatan oleh Angkatan Pertahanan
Awan Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Marin serta pelbagai pameran dan jualan.

Selain itu, pada hari terakhir iaitu 20 Ogos 2023 akan diadakan Malam Gala Festival Kesenian Peribumi Malaysia 2023 (FeSKEP) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, iaitu agensi di bawah MOTAC.

“Program yang mendapat kerjasama Persatuan Seni Silat Senaman Gerak Sentuhan Kuantan itu menonjolkan keunikan tujuh (7) suku kaum masyarakat peribumi dalam memupuk semangat perpaduan bersama masyarakat melalui aktiviti seni budaya. Tujuh (7) suku kaum yang terlibat ialah dari negeri Pahang (Semelai dan Jahut), Selangor (Mah Meri dan Bah Bola), Negeri Sembilan (Temuan), Kelantan (Bateq) dan Terengganu (Semoq Beri.” ujar MOTAC.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation