• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Hari Kebangsaan ke-66: Timbalan KPN sambut ketibaan konvoi MADANI RIDE PDRM dan ISBC

Spread the love

SHAH ALAM 21 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyambut ketibaan Konvoi Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Super Bike’s Club (ISBC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, petang tadi.

Konvoi yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) selaku Penasihat Jawatankuasa program, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali telah bertolak dari Ipoh, Perak pada jam 12.30 tengah hari dan selamat sampai di perkarangan IPK Selangor kira-kira jam 4.10 petang tadi.

Jelajah konvoi yang berlangsung selama enam hari bermula 16 Ogos lalu, melibatkan 160 penunggang motosikal berkuasa tinggi dan terdiri daripada warga PDRM serta ahli ISBC telah mengunjungi kesemua kontinjen di semenanjung Malaysia termasuk selatan Thailand.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan menandatangani plak Madani Ride sebagai simbolik berakhirnya program tersebut pada tahun ini.

Dalam majlis sama, turut disampaikan sumbangan berupa keperluan asas kepada 20 warga Pasukan yang mempunyai penyakit kronik dan kelainan upaya.

Jelajah amal bermotosikal itu merupakan program menyantuni warga Pasukan sambil menyampaikan sumbangan kebajikan selain menyemarakkan lagi sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 dan Bulan Kemerdekaan Tahun 2023.

Hadir sama, Setiausaha Agung Persatuan Superbike’s Malaysia, Datuk Sulaiman Sami’an, Pengerusi ISBC, Encik Chia Poh Huat, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Aidi Ismail, Timbalan Pengarah (Gerakan) KDNKA, Bukit Aman, CP Dato’ Hishamudin Tahar, Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Timbalan KP KL, DCP Dato’ Azry Akmar Dato’ Hj. Ayob, para pegawai kanan dan rakan-rakan media.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation