• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Pelantikan dua orang ahli Senator Dewan Negara, Wan Junaidi ucap tahniah

Spread the love

KUALA LUMPUR 21 OGOS 2023 – Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengucapkan tahniah kepada Senator Puan Susan Chemerai Anding di atas pelantikan semula beliau oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 21 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2026.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa yang dipilih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka mulai 31 Julai 2023 hingga 30 Julai 2026.

“Adalah menjadi harapan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara agar pelantikan ini akan terus menyumbang untuk menaikkan lagi integriti dan prestij Dewan Negara sebagai Badan Legislatif di dalam pelaksanaan Perlembagaan Malaysia.

Selain itu, saya berharap agar setiap ahli Senator Dewan Negara akan sentiasa mengamalkan pemikiran matang yang bebas daripada sebarang pengaruh luar dan peribadi terutamanya yang berunsur dan bersifat politik di dalam semua perbahasan di dalam mencapai keputusan terbaik di dalam Dewan Negara yang mulia ini.” kata Wan Junaidi.

“Akhir kata, saya mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh professional dan integriti kepada Senator Puan Susan Chemerai Anding, Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa dan semua ahli Senator yang lain di dalam sidang-sidang Dewan Negara yang akan datang.” tambahnya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation