• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Belanjawan 2024 : Anwar kerah semua Kementerian adakan libat urus

Spread the love

JOHOR BAHRU – Jelajah Belanjawan 2024 bagi peringkat Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menekankan supaya semua Kementerian akan dikerah untuk mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan masing-masing bagi memastikan Belanjawan 2024 yang menyeluruh dan selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.

“Kita akan melaksanakan libat urus Belanjawan 2024 di semua negeri dan saya telah arahkan semua kementerian Kerajaan Perpaduan untuk mengadakan libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan bagi mendengar cadangan dan pandangan mereka menjayakan Belanjawan MADANI kedua,” kata Anwar.

Beliau turut memberi komitmen bahawa Kerajaan akan memastikan tatakelola yang baik serta mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam bagi memudahcarakan perniagaan (ease of doing business) dan merealisasikan pelaburan yang berkualiti ke Malaysia.

Juga dalam ucapan Jelajah Belanjawan 2024 peringkat Negeri Johor, Anwar mengumumkan komitmen Kerajaan untuk menambah aktiviti yang berkaitan bagi menyokong pembangunan zon kewangan khas di Forest City sebagai pelengkap kepada aktiviti pelaburan bernilai tinggi di Iskandar Malaysia. Kemudahan yang akan ditawarkan
kepada syarikat dan individu yang layak antaranya pemberian insentif cukai berkadar khas, pemberian kadar cukai 15 peratus kepada pekerja berpengetahuan dan kemudahan laluan pantas di imigresen untuk memudah cara kemasukan golongan berkepakaran dari luar negara.

Sehubungan itu, selaras dengan pendekatan Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan budaya musyawarah, yakni perbincangan dan perundingan, kerajaan amat mengalu-alukan cadangan komuniti perniagaan tempatan untuk memperkasakan lagi ekosistem ekonomi setiap negeri.

“Jelajah Belanjawan 2024 memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk mendapatkan buah fikir dan pandangan daripada segenap lapisan masyarakat agar Belanjawan 2024 mencerminkan denyut nadi dan aspirasi rakyat,” tambah Anwar.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation