• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Yayasan Kebajikan Siswa dan Kementerian Pendidikan Tinggi seiring cakna kebajikan Mahasiswa

Spread the love

SABAH, 26 Ogos 2023 – Timbalan Menteri Pendidikan Tingg, Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal telah meluangkan masa menziarahi Dayangku Siti Mashitah Awangku Sulaiman, mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I semalam.

Dayangku Siti Mashitah telah dimasukkan ke hospital sejak 2 bulan lalu dan telah kehilangan keduadua belah tangan dan kaki disebabkan komplikasi penyakit apendiks.

Mahasiswa tahun 2 jurusan Hubungan Antarabangsa UMS itu ketika ditanya masih menunjukkan semangat untuk meneruskan pengajiannya.

Justeru, KPT bersama UMS akan melihat kaedah terbaik untuk memudahkan urusannya.

“Kehadiran pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah sebagai tanda sokongan kepada pelajar dan ahli keluarga mereka serta komitmen keprihatinan berterusan Kementerian terhadap kebajikan dan kesejahteraan siswa kita,” Mohammad Yusof Apdal berkata demikian semasa menyalurkan bantuan bagi pihak Yayasan Kebajikan Siswa (YKS) kepada waris pelajar.

YKS sejak 2021 aktif menyantuni dan menyediakan pelbagai jenis bantuan dan sumbangan bagi memanfaatkan mahasiswa IPTA dan IPTS yang bekeperluan.

Tambah beliau, YKS juga akan terus giat memastikan kebajikan para pelajar adalah terjaga dan terpelihara sepanjang pengajian mereka di kampus.

Pada sesi ziarah yang sama, bantuan oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga telah disampaikan oleh Pengerusinya, YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim; dan Ketua Eksekutifnya, Tuan Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Turut hadir bersama semasa sesi ziarah ini adalah Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar; Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMS, Prof. Madya. Dr. Raman Noordin; dan Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKS, Cik Nur Zahiah Saideh.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation