• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Bukti Keutuhan Patriotisme Rakyat Malaysia

Spread the love

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2023 – Seramai lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan acara gilang gemilang Sambutan Hari Kebangsaan 2023. Kehadiran serta sokongan orang ramai dalam acara ini membuktikan semangat patriotik yang kekal subur dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai usia, bangsa, agama dan latar belakang.

Sambutan kali ini dimeriahkan dengan persembahan Tim Akrobatik Army Red Warrior Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan penglibatan 42 orang peserta dan penampilan khas 66 buah motosikal Royal Enfield. Turut dipamerkan ialah aksi terjunan tepat VAT69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM), persembahan 400 pergendangan, 36 kumpulan pancaragam dan persembahan khas Hari Kebangsaan 2023 bertajuk “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” oleh 1,500 orang peserta.

Acara perbarisan dan perarakan yang menjadi tarikan utama sambutan telah dijayakan oleh 17,262 orang peserta melibatkan 67 kontinjen. Kontinjen ini dibahagikan kepada sembilan komponen iaitu kenegaraan, perpaduan Malaysia MADANI, ekonomi, perbankan, telekomunikasi, industri kreatif dan penyiaran, sukan negara, kesejahteraan serta keselamatan negara. Turut dipertontonkan ialah 534 aset kenderaan taktikal pelbagai guna serta aset haiwan sebanyak 100 ekor.

Acara tahunan ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri, Yang Amat Berhormat Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta ahli-ahli Jemaah
Menteri.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 turut diraikan secara serentak di seluruh negara bermula pukul 7.00 pagi.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation