• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Anwar bertemu wakil CCC dan Huawei

Spread the love

NANNING, 17 September 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat pegawai-pegawai kanan daripada dua buah syarikat gergasi China iaitu China Communications Construction Group (CCCC) dan Huawei Technologies Co. Ltd. (Huawei).

Menurut Anwar menerusi satu catatatan di halaman X beliau, rombongan CCCC diketuai oleh Pengerusinya, Encik Wang Tongzhou manakala dalam sesi berikutnya pula, rombongan Huawei diketuai oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Penyeliaannya, Encik Li jie.

Katanya lagi, kedua-dua buah syarikat memaklumkan keyakinan mereka ke atas kedudukan semasa ekonomi negara dan arah tuju yang ingin dibawa oleh Kerajaan Perpaduan.

“Justeru, mereka berhasrat untuk terus berada di Malaysia dan komited menyokong projek-projek mega yang direncana Kerajaan.

Komitmen ini khususnya melibatkan projek-projek infrastruktur jaringan pengangkutan darat, pembangunan ekonomi digital dan sektor tenaga boleh diperbaharui. ” kata Anwar.

Di dalam pertemuan tersebut, Anwar menyentuh kepentingan penglibatan syarikat tempatan, perpindahan teknologi dan pengwujudan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation