• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Anwar tiba di Nanning

Spread the love

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Nanning bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS.

Beliau diiring Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Di dalam satu hantaran di halaman X rasmi beliau, Anwar berkata bahawa sewaktu berucap di Majlis Perasmian CAEXPO dan untuk China-ASEAN Business and Investment Summit (CABIS), bersama para pemimpin ASEAN yang lain, beliau menyentuh kepentingan kebersamaan rantau Asean dan China agar terus fokus kepada aspek keamanan, kestabilan selain perdagangan beserta pelaburan yang terkait, kendatipun menopang cabaran pasca-pandemik dan dinamika geopolitik dunia masa kini.

Katanya adalah penting usaha sedemikian dipelbagaikan seiring dengan perubahan dunia yang semakin mencabar.

“Saya sempat menyentuh mengenai Rundingan Penambahbaikan ACFTA 3.0 yang sedang berjalan dimana ia amat penting bagi pemulihan pasca-pandemik COVID-19, hatta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan China, serta memastikan pergerakan barangan dan perkhidmatan yang lancar.

Justeru, kemasukan rundingan yang termasuk bidang pertumbuhan baharu seperti ekonomi digital, teknologi hijau, kesalinghubungan rantaian bekalan, persaingan, perlindungan pengguna, dan perniagaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) diharap dapat memastikan perjanjian itu kekal relevan dan berwawasan.

Berkenaan Belt and Road Initiative (BRI)oleh China, saya singgung akan kepentingan usaha itu dalam mengukuhkan hubungan antara rantau ASEAN dengan negara itu, selain kesemua negara lain yang terlibat dalam BRI, sementelahan meluluk kesalinghubungan dan peluang pertumbuhan baharu merentasi rantau ASEAN, Asia Pasifik, Afrika, serta Eropah Timur dan Eropah Tengah.” kata Anwar.

Anwar kemudiannya merasmikan Pavillion Malaysia, di mana sebanyak 107 syarikat Malaysia telah membuka gerai mereka untuk mempamerkan produk terbaik masing-masing.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation