• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Anwar tiba di New York

Spread the love

NEW YORK – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah tiba di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78. Beliau ditemani isterinya, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan diiringi delegasi Malaysia.

Turut bersama beliau adalah Menteri Luar, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa serta pimpinan lain.

“Insya-Allah, saya dijadual menyampaikan kenyataan negara semasa sesi Debat Umum pada 22 September 2023 pada jam 10.00 pagi waktu tempatan (10.00 malam waktu Malaysia).

Selain itu saya juga akan mengadakan pertemuan di sela-sela sesi Perhimpunan Agung PBB dengan ketua-ketua negara antaranya Türkiye, Iran, Iraq, Sri Lanka, dan Thailand.” kata Anwar menerusi satu hantaran di halaman X rasmi beliau.

Tambah Anwar, beliau turut dijadualkan bertemu komuniti perniagaan di Amerika Syarikat serta rakyat Malaysia yang menetap di situ sekali gus berpeluang berkongsi dasar dan aspirasi negara bersama mereka.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation