• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Malaysia dan Türkiye sepakat bendung Islamophobia

Spread the love

NEW YORK – Perdana Menteri, Dat’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan bersama Presiden Türkiye TYT Recep Tayyip Erdoğan di Turkish House, New York.

Di dalam hantaran di halaman X rasmniya, Anwar berkata bahawa Malaysia dan Türkiye sepakat untuk menggandakan usaha bagi membendung sentimen Islamophobia yang semakin menggila.

“Kami senada bahawa usaha memberi penjelasan perlu dipergiat. Sekiranya, isu mengenai Islam ini tiada jalan kesudahan maka natijahnya amat teruk untuk masa hadapan khususnya generasi akan datang.

Turut dibincangkan semasa pertemuan ini adalah keperluan untuk meningkatkan kerjasama dua hala terkait bidang pelaburan dan perdagangan antaranya melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi membesarkan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG), kerjasama ekosistem pertahanan antara kedua-dua negara.” kata Anwar.

Anwar turut menjemput sekali lagi Presiden Erdogan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sebelum hujung tahun ini.

“Besar harapan saya agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama Malaysia dan Türkiye yang telah sekian lama terjalin akan kekal utuh dalam semangat persahabatan yang mampu membawa manfaat kepada kedua-dua negara.” ujar Anwar.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation