Skim Perubatan Madani kini telah diperluaskan ke seluruh negara
Berita baik untuk rakyat Malaysia! Skim Perubatan Madani kini telah diperluaskan ke seluruh negara mulai 15 September lalu.
Pengembangan inisiatif perkhidmatan perubatan percuma ini dilaksanakan setelah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sehingga kini, dianggar sebanyak 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar dan 80,000 isi rumah golongan B40 telah berjaya meraih manfaat daripada Skim Perubatan Madani.
“Bilangan rawatan yang diberikan hampir mencecah 4,000 sehari dan semakin meningkat. Kini, lebih 1,300 klinik swasta telah mendaftar dan bekerjasama dalam program ini sebagai panel dalam memberikan perkhidmatan.” ulas Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa.
Dr. Zaliha turut berharap lebih banyak klink swasta di seluruh negara dapat mendaftar sebagai panel klinik panel Skim Perubatan Madani.
Skim Perubatan Madani yang telah beroperasi sejak bulan Jun 2023 diperkenalkan atas usaha untuk mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan. Setakat Ogos 2023, inisiatif yang dilaksanakan secara rintis dan berperingkat ini cuma tersedia di beberapa daerah di seluruh negara.
Sumber : DAP Malaysia
Be the first to leave a comment