• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kembara Sains Borneo Siri 2 berjaya dekati Komuniti bagi meningkatkan minat dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi

Spread the love

NABAWAN, 30 SEPTEMBER 2023 – Kembara Sains Borneo (KSB) anjuran Pusat Sains Negara (PSN) dan Akademi Sains Malaysia menerima sambutan hangat dari masyarakat Sabah dengan mencatatkan bilangan pengunjung melebihi sasaran yang telah ditetapkan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutupan Kembara Sains Borneo 2023 Siri 2 di Pentas Terbuka Majlis Daerah Nabawan, Sabah.

Berucap di Majlis Perasmian Penutup KSB Siri Dua Tahun 2023, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, seramai 19,408 komuniti telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dibawakan dalam KSB di Kimanis dan Kalabakan termasuklah aktiviti-aktiviti sampingan yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah sekitar Parlimen Kimanis, Kalabakan dan Pensiangan sehingga 27 September 2023.

Katanya lagi, di KSB Siri 2 Pensiangan yang diadakan bermula semalam, kita telah merekodkan sejumlah 3,000 pengunjung pada hari pertama menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 22,408 pengunjung. Jumlah ini telah berjaya melepasi sasaran yang telah kita tetapkan sebanyak 10 ribu pengunjung.

Menyifatkan KSB Siri 2 yang dianjurkan PSN sebagai satu kejayaan, beliau percaya jumlah keseluruhan pengunjung ini akan berlipat kali ganda di sepanjang berbaki dua (2) hari lagi pelaksanaan program KSB Siri 2 Parlimen Pensiangan.

“Secara umumnya, kita dapat melihat sambutan yang amat baik daripada komuniti di setiap lokasi KSB terutamanya komuniti pedalaman Sabah. Saya yakin dengan data-data dan maklum balas yang kita terima daripada para pengunjung, program jangkau luar seperti KSB dapat kita pertimbangkan sebagai program berkala yang wajar dilaksanakan bagi memastikan aspek pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dilaksanakan secara menyeluruh.”

Ulasnya lagi, program jangkau luar pembudayaan STI dapat membantu negara melahirkan modal insan yang mencukupi dalam bidang ini bagi menampung permintaan dalam industri berasaskan teknologi yang menawarkan pelbagai potensi ekonomi serta peluang-peluang pekerjaan dengan menawarkan gaji lumayan.

Pengarah Pusat Sains Negara, Puan Mismah Jimbun menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian Penutupan Kembara Sains Borneo 2023 Siri 2 di Pentas Terbuka Majlis Daerah Nabawan, Sabah.

Menurut Pengarah Pusat Sains Negara, Puan Mismah Jimbun, “Bertemakan Sains Itu Menyeronokkan, PSN telah membawakan pengalaman sesebuah Pusat Sains kepada komuniti setempat di tiga lokasi terpilih di Sabah iaitu Kimanis (15-17 September 2023), Kalabakan (22-24 September 2023) dan Pensiangan (29 September – 1 Oktober 2023). PSN menawarkan pelbagai aktiviti interaktif yang menarik berkonsepkan hands on, minds on, hearts on selaras dengan usaha memperkenalkan pembelajaran sains tidak formal berkonsepkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada masyarakat dan penyertaan adalah percuma kepada semua.”

PSN membawakan bahan pameran interaktif bernilai hampir RM2 juta yang dibawakan khas daripada Kuala Lumpur bagi memberi pengalaman kepada semua peringkat masyarakat supaya dapat merasai keseronokan pembelajaran dalam bidang STI.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation