• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Menteri KKR kongsi visi My Jalan di pentas antarabangsa

Spread the love

3 Oktober 2023 – Menteri Kerja Raya (KKR), Dato Sri Alexander Nanta Linggi berpeluang berkongsi pengalaman Malaysia berkaitan keselamatan dan penyelenggaraan jalan raya di pentas antarabangsa di hari pertama Kongres Jalan Sedunia ke-27 2023 anjuran Persatuan Tetap Kongres Jalan Antarabangsa (PIARC) yang berlangsung di Prague, Republik Czech dari 2 hingga 6 Oktober, 2023.

Bertemakan ‘Together On The Road Again’, kongres tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Czech Republic, Petr Fiala dan Presiden Senat Czech Milos Vystrcil, melibatkan penyertaan lebih 22 negara.

“Antara perkara penting yang saya bentangkan adalah visi dan inisiatif kempen MYJalan yang dilancarkan pada Ogos 2023 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan akauntabiliti dan menggalakkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya, pemain industri dan agensi kerajaan bahawa jalan raya adalah tanggungjawab bersama.” kata beliau.

Katanya, Presiden PIARC Nazir Alli turut menegaskan keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama ucapan pembukaan kongres tersebut dan ini tentunya selari dengan semangat yang diangkat di dalam kempen MYJalan.

“Kempen My Jalan ini juga selaras dengan strategi Wawasan Sifar (Vision Zero) yang diperkenalkan oleh Sweden dan diimplementasikan oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) sejak 2019 sebagai langkah ke hadapan untuk memastikan generasi akan datang mempunyai pemikiran yang berbeza daripada sebelumnya iaitu ‘kemalangan boleh dicegah dan setiap kematian dalam kemalangan tidak boleh diterima’.

Inisiatif kempen MYJalan ini juga menyokong visi Malaysia Madani iaitu masyarakat yang bertamadun, berkemahiran dan inklusif berdasarkan enam nilai teras iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Kempen ini juga bertindak sebagai usaha kolektif dan platform advokasi dalam mendidik pengguna jalan raya mengenai penyelenggaraan jalan. Aktiviti penyelenggaraan jalan adalah penting untuk mengawal kadar kerosakan dan memastikan perkhidmatan jalan berada pada tahap terbaik, seterusnya menjamin keselesaan dan keselamatan semua pihak.” kata Alexander.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation