Wan Junaidi bertemu Speaker Parlimen Ghana, kukuhkan hubungan antara kedua negara

Spread the love

ACCRA, GHANA 6 Oktober 2023 – Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah bertemu Speaker Parlimen Ghana, Rt Hon. Alban Sumana Kingsford Bagbin di dalam mesyuarat bilateral semasa beliau menghadiri Persidangan Parlimen Komanwel ke-66 di Ghana, tuan rumah bagi persidangan tersebut.

Mesyuarat bilateral yang diadakan pada 5 Oktober 2023 jam 8.30 malam (waktu Malaysia) turut disertai oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Senator Isaiah D
Jacob dan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

“Rt Hon. Alban Sumana Kingsford Bagbin, Speaker Parlimen Ghana mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengetuai delegasi Malaysia untuk penyertaan yang konstruktif, menambah nilai kepada persidangan ini dan turut menyumbang kepada ekonomi Ghana secara amnya.

Beliau turut menggalakkan Malaysia untuk menjalankan kerjasama ekonomi dan pelaburan di Ghana dan seterusnya meningkatkan lagi hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.” kata Pejabat Yang Di-Pertua Dewan Negara.

Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Rt Hon. Alban Sumana Kingsford Bagbin dan jawatankuasa penganjur persidangan kerana memberi platform kepada beliau dan ahli delegasi Malaysia yang lain untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara aktif di dalam persidangan dan sambutan dan hospitaliti yang mesra kepada delegasi Malaysia sepanjang penyertaan mereka.

Mesyuarat bilateral tersebut adalah pertemuan pertama Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi dan Spekaer Parlimen Ghana itu sejak pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada 19 June 2023.

Mesyuarat tersebut juga telah memperlihatkan kuasa dialog dan kerjasama yang dicapai semasa Persidangan Parlimen Komanwel ke-66, mengukuhkan komitmen kepada nilai bersama dalam mengekalkan pelaksanaan yang utuh
Perlembagaan Undang-Undang oleh Parlimen kedua-dua negara.

Perbincangan semasa pertemuan tersebutjuga telah meletakkan landasan untuk kerjasama dan pertukaran masa depan, mengukuhkan hubungan. Parlimen Ghana dan Cawangan CPA Ghana di Accra adalah merupakan tuan rumah kepada Persidangan Parlimen Komanwel ke-66 ini yang bermula dari 30 September dan akan berakhir pada 6
Oktober 2023.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation