Balai Polis Pelancong di MaTiC beroperasi semula

Spread the love

7 Oktober 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan bahawa Balai Polis Pelancong yang terletak di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur kini telah beroperasi semula sepenuhnya bermula pada 2 Oktober 2023.

Menurut MOTAC dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, waktu operasi Balai Polis Pelancong berkenaan adalah pada setiap hari, bermula daripada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah malam.

Balai Polis Pelancong tersebut juga boleh dihubungi di talian 03-92354999 atau 03-9235 4998 dan secara umumnya, pegawai-pegawai Polis Pelancong boleh bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Agensi-agensi pelancongan dan pengembaraan, pemandupemandu pelancong, pengusaha-pengusaha premis penginapan pelancong serta orang awam boleh menasihat pelancongpelancong yang perlu membuat aduan atau laporan dengan pihak PDRM untuk berurusan di Balai Polis Pelancong di MaTiC.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation