CYBERJAYA, 14 OKTOBER 2023 –Insititut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menyambut baik Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.
Menurut MARii, langkah Kerajaan memperkenalkan Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik Untuk Rakyat ini adalah selari dengan Dasar Automotif Nasional (2020) yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Subsidi rebat tunai motosikal EV itu akan memanfaatkan 10,000 orang pengguna motosikal EV yang pendapatan tahunannya di bawah RM120,000. Mereka bakal menikmati menikmati nilai rebat RM2,400 sehingga 31 Disember 2024.
Pelaksanaan inisiatif yang memperuntukkan sebanyak RM24.1 juta itu, disifatkan sebagai pemangkin bagi mengalakkan penerimaan dan permintaan rakyat terhadap penggunaan kenderaan berasaskan elektrik yang tidak hanya terhad kepada kereta sahaja. MARii yakin langkat tersebut penting dalam pembangunan teknologi serta aktiviti perniagaan tempatan berkaitan EV.
Ia sejajar dengan matlamat Ekonomi MADANI bagi memperkasa rakyat dari segi keterangkuman terutama dalam pengunaan teknologi baharu, di samping menyumbang kepada sasaran karbon sifar negara menjelang 2050. Selaras dengan aspirasi negara untuk matlamat mobiliti rendah karbon dan agenda mobiliti hijau seperti yang digariskan dalam NAP2020 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030) melalui Misi 3: Dorongan ke arah Karbon Sifar.
Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz mengalu-alukan Belanjawan 2024 tersebut dengan menyifatkan ia merupakan satu langkah penting dalam pembangunan teknologi serta aktiviti perniagaan tempatan berkaitan EV. Inisiatif itu dijangka akan meningkatkan permintaan dan penggunaan motosikal elektrik selaras dengan sasaran kerajaan untuk mencapai 15% jumlah jualan motosikal EV menjelang tahun 2030. Skim ini akan menggalakan penggunaan motosikal EV dan secara tidak langsung membina keyakinan masyarakat terhadap penggunaan motosikal EV di Malaysia.
Pada masa yang sama, MARii turut menyokong pembuatan dan pemasangan EV dan Kenderaan Autonomi (AV) di negara ini melalui ekosistem yang sedia ada yang merangkumi aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi pembuatan komponen penting. Kesediaan infrastruktur, teknologi, bakat dan sokongan kerajaan serta industri sokongan yang mantap seperti elektrikal dan elektronik (E&E) dan pengeluar komponen dalam rangkaian pembuatan bateri EV merupakan penyumbang utama Malaysia sebagai hab bagi industri EV.
“MARii turut menyokong pembangunan ekosistem EV yang komprehensif ini melalui kerjasama dengan pemegang taruh seperti pengeluar kereta, pemasangan motosikal, pembuat kenderaan komersial, penyedia pusat pengecasan dan pengeluar komponen tempatan. Usaha ini turut disokong melalui penubuhan Pusat Kecemerlangan Industri Masa Depan, Pusat Simulasi dan Analisis MARii, Pusat Prototaip Reka Bentuk dan Kejuruteraan MARii, dan Akademi Teknologi MARii yang berperanan untuk mempertingkatkan keupayaan dalam ekosistem automotif Malaysia.
Belanjawan MADANI 2024 ini adalah bukti komitmen Kerajaan dalam memperkukuhkan sektor automotif di Malaysia. MITI dan MARii akan terus bersama dalam merealisasikan usaha pembangunan Ekonomi MADANI, Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat.” ujarnya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment