• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Pesawat Amfibia bantu padam kebakaran Hutan Belukar kawasan Bypass SEBANA COVE – PUNGGAI

Spread the love

KOTA TINGGI, 17 Oktober 2023 – Sebuah pesawat amfibia jenis Bombardier CL-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterbangkan ke lokasi kebakaran hutan belukar di kawasan Bypass Sebana Cove – Punggai bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi memadam kebakaran di sini hari ini.

Bantuan diberikan setelah Unit Drone Bomba membuat pemantauan udara selama tiga hari kebakaran hutan terbabit dan mendapati keluasan kebakaran semakin merebak dari anggaran keluasan 2 hektar kepada 30 hektar.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, setelah menerima permohonan bantuan daripada Pejabat Daerah Kota Tinggi bagi memadamkan kebakaran terbabit, Maritim Malaysia mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 ke lokasi kejadian dan melakukan water bombing untuk memadamkan kebakaran.

Nurul Hizam turut berkata, pesawat terbabit mampu membawa sehingga 6 ribu liter air bagi setiap kali water scooping. Bagi operasi pada hari ini, pesawat telah berjaya membuat 18 kali water bombing dan akan disambung pada esok hari sehingga keseluruhan kawasan kebakaran berjaya dipadamkan.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke lokasi kejadian bagi melihat perkembangan semasa pemadaman hutan tersebut.

Turut hadir sama Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Hajah Hazlina binti Jalil.

Nurul Hizam dalam pada itu turut menasihati orang ramai supaya tidak memburukkan lagi keadaan dengan melakukan pembakaran terbuka khususnya berhampiran kawasan terbabit.

Terdahulu hutan belukar di kawasan Bypass Sebana Cove – Punggai dilaporkan mengalami kebakaran pada petang kelmarin dan pihak JBPM dari Sebana Cove, Sungai Rengit dan Kota Tinggi dengan keanggotaan 18 orang telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran tersebut.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation