• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Lebih 500 Sukarelawan JPPKK Turun Padang Program CSR RAHMAH TAMBUN 2023

Spread the love

IPOH, 21 Oktober 2023 – Lebih 500 sukarelawan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) terdiri daripada para peserta Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC 2023 dan kakitangan Politeknik Ungku Omar telah turun padang menggerakkan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Rahmah Tambun dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bermula 19 Oktober sehingga 21 Oktober 2023.

Program CSR Rahmah Tambun 2023 melibatkan program khidmat masyarakat di enam lokasi di dalam daerah Tambun iaitu Masjid Jamek Al-Taufiqah Taman Klebang Jaya, Perkampungan Orang Asli Kampung Tonggang dan Kampung Sungai Badok, Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim & Miskin Nurul Iman, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 7.

Aktiviti CSR Rahmah Tambun turut mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuklah YADIM, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kinta, Perak, Sukarelawan YADIM Perak, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri (LPPKN) Negeri Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Kos Sara Hidup Negeri Perak.

Sebanyak 4 buah rumah terpilih di Kampung Tonggang dan Kampung Sungai Badok, Tanjung Rambutan telah dibaik pulih pendawaian elektrik sumbangan YADIM, sumbangan 163 Bakul Rahmah kepada asnaf sumbangan JAIP, pembersihan kawasan surau, Program Pemantapan Solat oleh Bahagian Pembangunan Du’at, YADIM, gotong royong keceriaan, pertandingan kuiz dan mewarna. Program CSR Rahmah Tambun di Kampung Tonggang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Yang Berusaha Tuan Haji Zamri bin Zainal Abidin.

CSR Rahmah Parlimen Tambun 2023 merupakan salah satu manifestasi tanggungjawab sosial Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia dalam melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja mampan dan berkemahiran bahkan memiliki keterampilan unggul dalam aspek kebersamaan komuniti. Selaras dengan matlamat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang ingin melahirkan mahasiswa berketerampilan unggul dalam segala aspek dan nilai diri, program ini merupakan kata kunci kepada TVET, peneraju Masyarakat MADANI.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation