Syarikat, empat pengarah didakwa terlibat pengubahan wang haram

Spread the love

PUTRAJAYA, 28 OKTOBER 2023 – Sebuah syarikat bersama empat (4) orang pengarahnya, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang pada 18 Oktober 2023 yang lalu atas pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah melibatkan nilai keseluruhan RM20.3 juta di antara Januari 2019 sehingga Disember 2022.

Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam menerusi satu siaran media yang diedarkan hari ini, sebanyak keseluruhan 94 pertuduhan telah dibacakan terhadap tertuduh-tertuduh.

Katanya, Syarikat Quinton Group Sdn. Bhd. bersama empat (4) orang pengarahnya iaitu Tan Kwong Yeow berumur 35 tahun, Ooi Chuen Chie berumur 35 tahun, Lim Shing Yee berumur 31 tahun dan Seow Ming Cjoy berumur 32 tahun merekodkan pengakuan tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Tuan Mazdi bin Abdul Hamid.

“Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Puan Noor Zalizan binti Lazarous dan Puan Wan Nur Amanina binti Wan Din.

Kesemua tertuduh didakwa telah menerima wang yang disyaki merupakan hasil pengubahan wang haram berjumlah RM2.08 juta daripada sebuah akaun semasa milik Quinton Group Sdn. Bhd. bagi tempoh tahun 2019 sehingga 2022. Kesemua pengarah syarikat itu turut dituduh kerana telah menggunakan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM168,681.00 untuk memperoleh lapan (8) buah kenderaan mewah sepanjang tempoh tersebut.” kata Azman.

Setelah mendengar permohonan TPR dan rayuan peguam, telah menetapkan jumlah jaminan keseluruhan ke atas kesemua tertuduh sebanyak RM1,748,000.00. Walaubagaimanapun, peguam tertuduh telah mengemukakan
rayuan berhubung kaedah pembayaran wang jaminan kerana melibatkan nilai yang besar.

“Mahkamah kemudiannya membenarkan kaedah pembayaran wang jaminan sebanyak dua (2) kali iaitu sebanyak RM80,000.00 setiap seorang pada tarikh pertuduhan manakala selebihnya pada 23 Oktober 2023 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan kepada semua tertuduh untuk melaporkan diri di balai polis pada setiap bulan, pasport diserahkan kepada Mahkamah dan larangan mengganggu saksi dalam apa jua cara. Sekiranya tertuduh melanggar mana-mana syarat tersebut maka jaminan akan dibatalkan. Mahkamah telah menetapkan tarikh 1 Disember 2023 bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.” kata Azman.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 [Akta 613]. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu atau lima juta ringgit, yang mana lebih tinggi. Bagi harta-harta yang dibuktikan terlibat dengan pengubahan wang haram juga boleh dilucuthak dan dijadikan hasil kepada Kerajaan Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation