• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Laporan Terkini Kejadian Bencana di Seluruh Negara

Spread the love

6 November 2023 – Hujan lebat sejak beberapa hari kebelakangan ini telah menyebabkan beberapa kawasan-kawasan rendah dinaiki air selain paras air sungai utama juga menunjukkan trend menaik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan, sehingga jam 12.00 tengah hari (06 November 2023) bilangan negeri yang terkesan banjir kekal di tiga (3) buah negeri dimana enam (6) daerah iaitu di negeri Perak, Selangor, dan Pahang masih terjejas.

Katanya, seramai 881 orang mangsa daripada 237 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan sedang berada di 12 buah PPS.

Tambah Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memaklumkan bahawa sehingga jam 6.00 pagi hari ini terdapat tiga (3) sungai yang bacaan air berada diparas bahaya iaitu :

a) Kampung Sri Paya : Sungai Pontian Besar Kulai, Johor Bahru
b) Changkat Jong : Sungai Perak Hilir Perak
c) Bangi Lama : Sungai Langat, Hulu Langat, Selangor

“Malah pada jam 7:30 pagi tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan ramalan Cuaca Signifikan bagi tempoh 06 hingga 08 November 2023. Berdasarkan analisis model cuaca tersebut, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku dikebanyakkan tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat Sabah terutamanya pada sebelah petang hingga malam sepanjang tempoh ramalan.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), saya ingin menggesa semua penduduk terutama yang berada di kawasan berisiko banjir, agar mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa, bagi mengelak dan mengurangkan impak bencana terhadap nyawa dan harta benda.” kata Ahmad Zahid.

Beliau juga menyarankan agar penduduk yang berada kawasan yang mudah terkesan banjir untuk merujuk maklumat terkini dari sumber yang sahih.

“Sila dapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir. Bagi maklumat cuaca pula, orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)” ujarnya.

Beliau

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation