Industri Ladang Hutan hasilkan Sumber Bekalan Kayu Alternatif kepada pengeluaran Hutan Asli

Spread the love

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah meninjau Projek Model Ladang Hutan di Hutan Simpan Sabal, Simunjan seterusnya menyempurnakan Trek Komoditi Industri Perkayuan (Ladang Hutan) Sarawak sempena siri Trek Komoditi Zon Sarawak anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) hari ini.

Model Projek Ladang Hutan ini merupakan kerjasama antara Jabatan Hutan Sarawak dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bermula pada tahun 2010, bertujuan untuk memberi panduan dalam pengurusan dan pembangunan ladang hutan di Sarawak.

Objektif penubuhan ladang hutan adalah bagi menampung keperluan bahan mentah industri perkayuan dan mengurangkan kebergantungan terhadap hutan asli sedia ada. Di Sarawak, inisiatif penubuhan ladang hutan telah bermula sejak tahun 1997 dan sehingga 30 Jun 2023, seluas 578,774.16 hektar ladang hutan telah dibangunkan di
Sarawak melibatkan pelbagai spesies seperti Acacia Mangium (54%), Batai (19%), Eucalyptus (15%), Kelampayan (6%) dan lain-lain spesies (6%).

Antara pengisian program adalah penanaman sejumlah 60 anak pokok belian di Hutan Simpan Sabal, Simunjan, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan sumbangan dana oleh beberapa syarikat korporat serta pemain industri kepada Jabatan Hutan Sarawak bagi menyokong pelaksanaan Program Penghijauan Sarawak selari dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) peringkat Nasional.

Fadillah juga bertemu pemain industri kayu tempatan serta komuniti di sekitar Sabal untuk mendapatkan pandangan serta cadangan mengenai isu-isu semasa dan cabaran berkaitan industri perkayuan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation